fb fb fb fb fb

Projek bernilai RM10 juta ke atas perlu guna sistem BIM.

Datuk Seri Ahmad melawat pameran selepas merasmikan Seminar Geotropika dan IChitra yang Ke-13 di ibu negara. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 September - Projek pembinaan baharu yang melibatkan nilai RM10 juta dan ke atas dikehendaki menggunakan sistem Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggunaan sistem itu tidak terhad kepada pembinaan bangunan, tetapi perlu digunakan juga dalam pembetungan dan pembinaan jalan raya.

Beliau berkata, sistem BIM akan membantu mengelakkan kerosakan dalam kerja pembinaan.

"Dengan ada pelaksanaan BIM secara menyeluruh maka kita boleh mengurangkan 'clashes' dalam pembinaan yang mana menyebabkan peningkatan kos dan menyebabkan kerosakan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Geotropika dan IChitra yang Ke-13 di ibu negara.

Jelasnya, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya untuk menyelaraskan teknologi baru dalam projek pembinaan.

Tambah beliau, kementerian sedang meneliti usaha untuk menghasilkan perisian BIM buatan Malaysia dengan kerjasama pihak universiti.

Usaha tersebut bagi mengurangkan pergantungan terhadap sistem luar negara.

Trainee2