Program Jualan Rahmah terus dapat sambutan di Langkawi

Program Jualan RAHMAH MADANI telah diadakan di Parlimen Langkawi DUN Ayer Hangat bertempat di Pekarangan Dewan Orang Ramai Kuala Triang/ Foto KPDN Kedah

LANGKAWI 9 Januari – Jualan Rahmah yang diadakan tiga kali sebulan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) disambut baik oleh masyarakat di Langkawi, Kedah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jualan Rahmah diadakan tiga kali sebulan tiap DUN dan diterima baik oleh masyarakat Langkawi.
  • Program membantu peniaga kecil seperti Mohd Isa mendapatkan barangan pada harga lebih murah.
  • Meningkatkan ekonomi setempat dan menawarkan keperluan isi rumah pada harga mampu milik.
  • Inisiatif nasional: lebih 23,000 Jualan Rahmah melibatkan 600 DUN serta 40 lokasi WP diumumkan.

Orang ramai yang ditemui menghargai usaha murni Kerajaan MADANI dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut seorang penduduk dan juga peniaga Mohd Isa Osman, Jualan Rahman banyak membantu beliau dalam menjalankan perniagaan makanan yang diusahakannya secara kecil-kecilan.

“Alhamdulillah, kami boleh dapat harga murah-murah sikit. Macam kami peniaga ni bersyukurlah sebab barang kita boleh dapat memang murah. Jadi kita peniaga ni meringankan beban”, katanya.

Bagi Anis Nadia Kamarudin pula, program tersebut boleh membantu merancakkan ekonomi setempat. Pendapat yang sama turut disokong Azlan Arif, dimana orang ramai boleh mendapatkan harga keperluan dengan lebih murah.

Beliau mengakui program jualan itu sangat dinanti-nantikan keluarganya setiap bulan kerana menawarkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik.

Dalam pada itu, golongan muda juga turut menyambut baik usaha murni ini.

“Pada pendapat saya, selepas Perdana Menteri mengumumkan Jualan Rahmah akan diadakan sebanyak tiga kali sebulan, ia sangat membantu rakyat.

“Saya sangat teruja dan seronok sebab bagi kategori yang B40 seperti saya ia sangat membantu dalam mengurangkan kos belanjaan harian saya”, ujar Siti Nurnajihah Husna Zulkifli.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 pada Isnin baru-baru ini mengumumkan, lebih 23,000 Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan membabitkan 600 DUN serta 40 lokasi di Wilayah Persekutuan.

Ia bertujuan memastikan barangan keperluan asas ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran setempat.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan