PRN NS: SPRM terima empat laporan berkait dakwaan rasuah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman / Foto RTM

PUTRAJAYA, 31 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang tunai sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua laporan melibatkan calon, dua lagi membabitkan pengundi awal.
  • Laporan diterima setakat semalam menerusi bilik gerakan khas sempena PRN.
  • Kertas siasatan dibuka untuk menilai sama ada wujud unsur rasuah atau kesalahan pilihan raya.
  • Siasatan dijalankan menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti sebelum sebarang tindakan diambil.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata daripada jumlah itu, dua laporan melibatkan calon manakala dua lagi membabitkan pengundi awal.

Jelasnya, laporan diterima setakat semalam menerusi bilik gerakan khas yang dibuka sempena PRN.

“Kertas siasatan sudah dibuka. Pertama, siasatan akan memperhalusi dan mengkaji sama ada wujud unsur rasuah. Kedua, kemungkinan menjurus kepada kesalahan pilhan raya. Itu yang kami akan tentukan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut katanya siasatan akan dijalankan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas SPRM di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.