RCI TH : SPRM mulakan siasatan

Siasatan tertumpu kepada penemuan serta cadangan yang dikemukakan dalam laporan RCI TH

PUTRAJAYA, 31 Julai – Sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan di Tabung Haji, pagi tadi berhubung penemuan dan syor yang dikemukakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan SPRM ditugaskan mendapatkan dokumentasi berkaitan bagi membantu siasatan berhubung perkara yang dibangkitkan dalam laporan RCI.
  • Pihak SPRM akan mengenal pasti dokumentasi berkaitan serta mengesan dan memanggil individu yang mempunyai kaitan dengan siasatan.
  • Siasatan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu dan akan meneliti unsur rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram di bawah Akta.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abdul Halim Aman memaklumkan pasukan berkenaan ditugaskan untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

“Dokumentasi-dokumentasi yang berkaitan dengan perkara yang dinyatakan dalam RCI akan dikenal pasti termasuk dengan perkara-perkara yang berhubung kait dengan siasatan.

“Pihak kami juga akan mengesan individu-individu yang bakal dipanggil,”katanya dalam sidang media khas SPRM di sini.

Jelasnya, siasatan tidak dihadkan kepada tempoh tertentu, sebaliknya tertumpu kepada penemuan serta cadangan yang dikemukakan dalam laporan RCI.

Siasatan dijalankan bagi meneliti sama ada wujud unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.