PRN Negeri Sembilan medan tentukan masa depan rakyat

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan/Foto BERNAMA

SEREMBAN, 13 Jun – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu dijadikan medan untuk menentukan masa depan rakyat dan pembangunan negeri, bukannya sekadar perebutan kuasa politik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat: pekerjaan, perumahan, peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah.
  • Mandat rakyat mesti dimanfaatkan untuk meneruskan agenda pembangunan dan memperkukuh kerjasama antara negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Pembangunan bukan sekadar pelaburan; ia melibatkan pekerja, pekebun kecil, penjaja dan peniaga serta peningkatan kemudahan dan kebersihan.
  • Pemimpin menyeru pengundi memilih pihak yang menjamin kestabilan dan kesejahteraan Negeri Sembilan; semangat Malaysia MADANI dari akar umbi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada isu kebajikan rakyat termasuk peluang pekerjaan, perumahan, peniaga kecil serta golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, mandat yang bakal diberikan rakyat perlu dimanfaatkan untuk meneruskan agenda pembangunan serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Masa depan Negeri Sembilan bukan hanya soal pelaburan. Ia melibatkan masa depan pekerja, pekebun kecil, penjaja dan peniaga.

“Tumpuan kita ialah memastikan kemudahan untuk penjaja dipertingkat, persekitaran dibersihkan dan pembangunan dapat dinikmati rakyat. Inilah semangat Malaysia MADANI yang bermula dari bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Jumaat.

Datuk Seri Anwar turut menyeru rakyat membuat pilihan yang mampu menjamin kestabilan serta kesejahteraan Negeri Sembilan pada masa hadapan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.