fb fb fb fb fb

PRK Kuala Terengganu, diadakan serentak PRU DUN ke-15 - SPR

PUTRAJAYA, 18 Julai- Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P.036) akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) pada 12 Ogos ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, penamaan calon bagi PRK kerusi terbabit ditetapkan pada 29 Julai ini, sementara pengundian awal pada 8 Ogos.

"Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemaskini 21 Jun 2023."

"DPPR bagi PRK P.036 Kuala Terengganu mengandungi seramai 123,575 orang pemilih yang terdiri daripada 122,160 orang pengundi biasa, 35 orang tentera serta pasangan, 1,362 orang polis dan 18 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara," kata Abdul Ghani dalam sidang media Mesyuarat Khas PRK Kuala Terengganu di sini, hari ini.


(Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata
demikian dalam sidang media hari ini di Putrajaya)

Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu telah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril selepas membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional di kerusi parlimen itu, Mohd Zubir Embong.

Media Baharu