fb fb fb fb fb

Presiden Poland, delegasi lawat KLCC

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Presiden Poland, Andrzej Duda serta delegasi Poland hari ini melawat Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dalam satu lawatan rasmi.

Beliau diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) Mazuin Ismail.

Delegasi tiba pada pukul 2.30 petang sebelum memulakan lawatan ke Jejantas Udara ('Skybridge') di tingkat 42 sebelum meneruskan lawatan ke Pelantar Pemandangan ('Skydeck') di tingkat 86.

Duda diberi taklimat mengenai sejarah dan seni bina menara berkembar tertinggi di dunia itu.

Semasa di 'Skybridge', Pengurus Perkhidmatan Pengurusan Lawatan Menara Berkembar PETRONAS Safful Bahari Din, juga turut berkongsi beberapa teknik menarik untuk bergambar di lokasi ikonik tersebut.

Beliau menghabiskan masa lebih kurang setengah jam menikmati keindahan panorama ibu negara dari menara berkembar yang menjadi mercu tanda negara.

Duda bersama isteri dan delegasinya dijangka akan berlepas ke Singapura pada pukul 5.00 petang ini.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM