fb fb fb fb fb

Ban pecah: 20 kediaman terjejas, PPS diaktifkan

Foto JBPM

SABAK BERNAM, 7 November - Kira-kira 20 kediaman terjejas susulan ban pecah di Parit 5, Pantai Sentosa, Sekinchan pada pagi Khamis.

Tujuh keluarga berlindung di Balai Raya Tuan Haji Norhasni, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin dalam kenyataan memaklumkan, kejadian ban pecah itu menyebabkan air parit melimpah ke kawasan penempatan sejak awal pagi.

Berikutan itu, pihaknya mengaktifkan PPS di Dewan Seri Sekinchan bermula pukul 8 malam hari sama, bagi menempatkan keluarga yang terkesan.

Menurut beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran giat menjalankan kerja baik pulih ban termasuk pemasangan guni pasir dan kawalan aliran air bagi mengelakkan limpahan lebih serius.

Pemantauan paras air juga dilakukan secara berterusan di seluruh kawasan terjejas.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN