fb fb fb fb fb

Premier Sarawak terima kunjungan Duta Besar Republik Azerbaijan

Kunjungan hormat Duta Besar Republik Azerbaijan Ke Malaysia Tuan Yang Terutama TYT Irfan Davudov diadakan di Dewan Undangan Negeri Petra Jaya Kuching

KUCHING, 10 Mei- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Azerbaijan Ke Malaysia Tuan Yang Terutama TYT Irfan Davudov.

Kunjungan itu diadakan di Pejabat Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri Petra Jaya Kuching hari ini.

Irfan Davudov memaklumkan pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan pertama beliau ke Sarawak.

Dalam pertemuan itu beliau menyatakan hasrat untuk mengadakan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang bersama kerajaan Sarawak termasuk hubungan bilateral, ekonomi dan budaya.

Melihat usaha Sarawak sebagai negeri yang penting dalam ekonomi Eropah, beliau berharap lebih ramai delegasi dari Sarawak menyertai The 2024 UN Climate Change Conference UNFCCC COP 29 yang diadakan November tahun ini, di Baku, Azerbaijan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE