fb fb fb fb fb

Polis Sri Aman tahan lelaki enggan beri laluan kepada ambulans

FOTO FB Polis Sri Aman

SRI AMAN, 6 Januari- Seorang lelaki yang rakamannya tular di media sosial kerana enggan memberi laluan kepada kenderaan ambulans di sini, Sarawak, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, lelaki itu telah diambil tindakan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.

"Semalam, lebih kurang pukul 3.00 petang telah tular sebuah video di media sosial mengenai sebuah kereta yang tidak beri laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

"Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 6, Jalan Sri Aman-Kuching.

"(Sehubungan itu) Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Sri Aman telah mengambil tindakan mengesan kenderaan tersebut dan pemandu terbabit telah diambil tindakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa memberi laluan kepada ambulans termasuk kenderaan polis dan bomba.

SITI AISHAH BINTI MD ISA