
- Jalil Hamid dianggap seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air; pemergiannya kehilangan besar kepada industri kreatif negara.
- Jasa dan legasi beliau akan terus dikenang oleh masyarakat seni dan peminat.
- Salam takziah disampaikan kepada seluruh keluarga Allahyarham; harapan agar diberi kekuatan dan ketabahan.
- Allahyarham Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam pada usia 69; jenazah dikebumikan sekitar 5.50 petang.
Datuk Seri Anwar menyifatkan allahyarham sebagai seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air dan pemergian itu merupakan kehilangan besar kepada industri kreatif negara.
“Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham.
“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Jalil atau nama sebenarnya Abd Jalil Abd Hamid meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 12.30 tengah hari tadi pada usia 69 tahun.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, kira-kira 5.50 petang.