PM tegas terus banteras judi haram

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Hasil tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian haram di negara ini kini telah mencecah nilai rampasan berbilion ringgit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri tekankan usaha berterusan membanteras perjudian haram melalui penguatkuasaan tegas.
  • Pendekatan gabungan: penguatkuasaan dan peningkatan kesedaran rakyat terhadap undang-undang.
  • Cabaran utama ialah operasi perjudian dalam talian berpangkalan luar dan teknologi elektronik canggih.
  • Kerajaan mengambil tindakan pantas terhadap operator perjudian haram meskipun sukar dikesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha membanteras kegiatan berkenaan merupakan inisiatif berterusan.

Inisiatif tersebut melibatkan dua pendekatan utama iaitu penguatkuasaan dan peningkatan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara.

“Tindakan telah diambil, rampasan telah mencecah bilion ringgit.

“Ini tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara dan mekanisme elektroniknya sangat canggih, boleh buka dan tutup dengan kadar segera,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat mengenai usaha membanteras operator perjudian haram.