PM sampaikan syarahan khas di Universiti Tokyo

Datuk Seri Anwar Ibrahim

TOKYO, 9 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan khas di Universiti Tokyo bertajuk ‘Humanity in a Human-Machine Civilisation’ atau ‘Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin’, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syarahan disertai lebih 500 pelajar dan ahli akademik menekankan kepentingan mengimbangi nilai kemanusiaan dalam pembangunan ekonomi.
  • Sorotan terhadap cabaran era kecerdasan buatan dan perlunya nilai manusiawi diterapkan dalam teknologi.
  • Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat-syarikat Jepun terkemuka seperti IBM, Mitsubishi, ENEOS dan DENSO.
  • Sesi Meja Bulat melibatkan 29 tokoh dan ketua industri Jepun sebagai sebahagian lawatan rasmi tiga hari.

Syarahan yang disertai lebih 500 pelajar universiti dan ahli akademik itu menyentuh mengenai kepentingan dalam mengimbangi nilai-nilai kemanusiaan dalam pembangunan ekonomi negara, terutama di era kecerdasan buatan (AI) berkembang dengan pesat.

Seterusnya, Datuk Seri Anwar akan mengadakan mesyuarat dengan syarikat-syarikat Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc, DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.

Selain itu Perdana Menteri turut mengadakan Sesi Meja Bulat yang akan melibatkan 29 tokoh dan ketua industri di Jepun. Perdana Menteri ketika ini berada di Jepun bersempena dengan lawatan rasmi selama tiga hari hingga Rabu (10 Jun).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.