Dua pukat tunda ditahan di perairan Pulau Redang

Dua vesel pukat tunda ditahan di perairan Pulau dalam Op Naga/ Jabatan Perikanan Malaysia

KUALA NERUS, 9 Jun – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menahan dua vesel pukat tunda dalam Op Naga di perairan Pulau Redang awal pagi tadi kerana disyaki melanggar syarat lesen dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan menemui penggunaan identiti vesel yang tidak sepadan dan kewujudan tangki minyak tambahan yang mencurigakan.
  • Sebuah vesel dikesan menangkap ikan dalam kawasan larangan sejauh 12 batu nautika dari Pulau Redang.
  • Vesel lain dalam Zon C dipercayai beroperasi tanpa lesen sah; tekong dan empat kru warga Vietnam dibawa ke Jeti Pulau Kambing untuk siasatan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan turut menemukan beberapa keraguan termasuk penggunaan identiti vesel yang tidak sepadan dengan fizikal bot sebenar serta kewujudan tangki minyak tambahan yang mencurigakan.

“Sebuah vesel dikesan menangkap ikan dalam kawasan larangan sejauh 12 batu nautika dari Pulau Redang.

“Manakala sebuah lagi bot pukat tunda Zon C dipercayai beroperasi tanpa lesen sah dengan seorang tekong dan empat kru warga Vietnam,” menurut kenyataan itu.

Tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Perikanan 1985 (Akta 317). Kedua-dua vesel bersama kru yang ditahan dibawa ke Jeti Pulau Kambing untuk siasatan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.