
PUTRAJAYA, 8 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghoskan majlis makan tengah hari rasmi bersempena lawatan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, di Seri Perdana di sini.
- Ketibaan disambut pelajar SK Putrajaya Presint 16(1), Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Sains Selangor.
- Kedua pemimpin menghadiri sesi Dialog Kerjasama Malaysia-Myanmar yang diadakan secara tertutup.
- Majlis makan tengah hari diserikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh penari dari Istana Budaya.
- Lawatan rasmi dua hari bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin yang tiba bersama-sama kira-kira pukul 11.40 pagi disambut dengan laungan “Selamat Datang ke Malaysia” oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16(1), Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Sains Selangor yang hadir bagi menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin serta delegasi Myanmar.
Sebelum itu, kedua-dua pemimpin menghadiri sesi Dialog Kerjasama Malaysia Myanmar yang diadakan secara tertutup.
Majlis makan tengah hari itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan penari dari Istana Budaya yang mempersembahkan tarian selamat datang kepada delegasi berkenaan.
Terdahulu, Presiden Myanmar tiba di Malaysia bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Datuk Seri Anwar.
Lawatan berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Myanmar, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama