fb fb fb fb fb

PM raikan diaspora Malaysia di Timor Leste

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

DILI,23 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Timor Leste menerusi program Temu Mesra Madani yang menghimpunkan seramai 170 individu di sebuah hotel di sini.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkongsi mengenai hubungan baik antara Malaysia dan Timor Leste yang terjalin sejak sekian lama, selain menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membantu mengukuhkan kerjasama dua hala, khususnya syarikat Malaysia yang beroperasi di negara berkenaan.

Majlis itu turut meraikan Alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan Program Kerjasama Pertahanan (MDCP).

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; dan Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Datuk Amarjit Sarjit Singh.

Perdana Menteri bakal menghadiri majlis makan malam rasmi yang akan dihoskan bersama oleh Presiden Timor Leste, Dr. Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmão di sebuah dewan serbaguna di sini.

BERITA BERKAITAN:

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD