fb fb fb fb fb

Melaka sasar kemasukan 2 juta pelancong kesihatan sempena TMM2026

Melaka dijangka menerima kira-kira 16.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka. Foto Bernama

BANDARAYA MELAKA, 23 September - Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan 2 juta pelancong kesihatan daripada sasaran keseluruhan 20 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM 2026).

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sasaran itu dijangka dapat direalisasikan menerusi alat perubatan serba moden yang digunakan pusat perubatan di negeri itu.

"Tahun ini, kita menjangkakan menerima kira-kira 16.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka yang telah kita lanjutkan sehingga tahun 2026 bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia.

"Sudah tentu dalam pelan induk kita, kita mahu menambah baik kemudahan, khususnya dalam bidang pelancongan kesihatan yang berpusat di Melaka. Saya fikir pangkalan data di PusatPerubatan Mahkota adalah lebih baik berbanding kita kerana mereka tahu berapa ramai pelancong asing datang untuk mendapatkan rawatan.

"Jelas sekali, kita menyasarkan 20 juta pelancong tahun hadapan. Mungkin sekitar 5 peratus hingga 10 peratus daripada jumlah itu datang untuk pelancongan kesihatan.

Datuk Seri Ab Rauf menyatakannya pada Majlis Pelancaran Hinotori: Sistem Pembedahan Robotik Pertama di Malaysia di Pusat Perubatan Mahkota di sini.

JALALUDDIN BIN BAHARIN