PEKAN, 23 September - Kerajaan Pahang bercadang untuk memberi saguhati khas kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri itu sebagai penghargaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian terbabit mungkin hanya menyasarkan kumpulan berpendapatan bawah RM4,000.
Katanya, penelitian kini sedang dilaksana Bahagian Kewangan Negeri bagi menentukan jumlah penerima dan implikasi kewangan kerajaan negeri.
Keputusan muktamad dijangka diumumkan November depan.
"Kita mungkin bagi dalam bentuk RM200 atau RM300 seorang. Yang penting kerajaan negeri tidak pinggirkan walaupun tuan-tuan puan-puan adalah penjawat awam persekutuan
Tambah beliau, keputusan muktamad dijangka diumum pada November nanti.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2025 Peringkat Negeri Pahang di sini.
Menurut Datuk Seri Wan Rosdy, penjawat awam negeri pula akan menerima bantuan khas kewangan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun semua keputusan tetap bergantung kepada kedudukan kewangan semasa yang kini mencecah RM850 juta ringgit.