DILI, 23 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Timor-Leste.
Ketibaan beliau disambut Presiden, Dr. Jose Ramos-Horta.
Lagu negaraku berkumandang di pekarangan istana diikuti lagu kebangsaan Timor-Leste.
Datuk Seri Anwar kemudian diiringi Presiden, Ramos-Horta memeriksa kawalan kehormatan Tentera Timor-Leste.
Sebanyak 19 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbolik menyambut ketibaan pemimpin negara.
Delegasi antara kedua-dua negara turut diperkenalkan dalam sambutan sama.
Perdana Menteri kemudian menandatangani buku lawatan pemimpin ke negara berkenaan.
BERITA BERKAITAN: