fb fb fb fb fb

PM hulur sumbangan kepada pelakon veteran Mak Jah

 Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan menyerahkan sumbangan ketika menziarahi Mak Jah di Cheras pagi tadi/ FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon tersebut di Cheras pagi tadi.

"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.

"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepadanya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah," menurut catatan itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, Mak Jah, 74, mendedahkan beliau sudah tidak mampu menerima tawaran lakonan gara-gara masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI