PM dijadual rasmi Hari Landskap Negara 2026 di Melaka

Facebook: Anwar Ibrahim

MELAKA, 27 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyempurnakan pelancaran sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini pada 7 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • HLN 2026 diadakan peringkat kebangsaan selama empat hari sebagai sebahagian program WRUR DUN Paya Rumput.
  • Acara menyediakan pelbagai aktiviti masyarakat termasuk Diskusi Pembinaan Landskap dan pameran laman oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Tawaran komersial dan percuma merangkumi Jualan Rahmah, agihan pokok percuma, serta jualan nurseri dan produk landskap.

Exco Kanan Melaka, Datuk Rais Yasin berkata sambutan peringkat kebangsaan itu akan berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 Ogos dan dianjurkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

“Program ini bermula 6, 7, 8 dan 9 Ogos, dengan kemuncaknya pada 7 Ogos apabila Perdana Menteri telah memberikan persetujuan untuk melancarkan Hari Landskap Negara pada sebelah malam di perkarangan Stadium Hang Jebat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Melaka 2026 Piala Ketua Menteri serta Pelancaran Program WRUR DUN Paya Rumput yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, malam tadi.

Datuk Rais berkata HLN 2026 merupakan sebahagian daripada pengisian WRUR DUN Paya Rumput yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat.

Antara program yang dirangka sempena sambutan itu termasuk Diskusi Pembinaan Landskap, Jualan Rahmah, agihan pokok secara percuma, jualan nurseri dan produk landskap serta pameran laman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.