PM Bangladesh tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

Foto RTM

SEPANG, 21 Jun – Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 8.33 malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan beliau bersama isteri, Dr. Zubaida Rahman, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
  • Lawatan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; lawatan rasmi dua hala pertama sejak memegang jawatan Februari 2026.
  • Tujuan lawatan memperkukuh hubungan dua hala dan memperdalam kerjasama; diiringi Menteri Luar Dr. Khalilur Rahman serta pegawai kanan kerajaan.

​Ketibaan beliau bersama isteri, Dr. Zubaida Rahman, dengan menaiki pesawat Biman Bangladesh Airlines (BBC 386) itu disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

​Lawatan atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan lawatan rasmi dua hala pertama Tarique ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari 2026.

Ia bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memperdalam kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Beliau turut diiringi oleh Menteri Luar Bangladesh, Dr. Khalilur Rahman serta pegawai-pegawai kanan kerajaan sepanjang lawatan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.