Dua rumah terbakar di Kampung Kuala Dalam, Papar

Foto JBPM Sabah

PAPAR, 21 Jun – Dua buah rumah terjejas dalam kebakaran di Kampung Kuala Dalam, di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rumah tidak kekal berukuran 30 x 20 kaki musnah sepenuhnya.
  • Rumah separuh kekal berukuran 30 x 35 kaki terbakar kira-kira 50 peratus.
  • Panggilan kecemasan diterima pada 5.19 petang; lapan anggota BBP Papar dikerahkan.
  • Operasi menggunakan aliran 300 kaki dengan dua pancutan air; kebakaran dikawal 5.35 petang, tamat 7.12 malam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 30 kaki x 20 kaki musnah sepenuhnya.

Sebuah lagi rumah jenis separuh kekal berkeluasan 30 kaki x 35 kaki terbakar kira-kira 50 peratus.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.19 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.35 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.12 malam,” menurut kenyataan itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.