Potensi Sarawak pacu kekuatan industri negara

Foto BERNAMA

BINTULU, 21 Jun – Sarawak kini muncul sebagai gergasi dalam beberapa bidang industri di rantau ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyatakan kebanggaan negara terhadap kejayaan, keupayaan dan potensi Sarawak dalam memajukan kekuatan industri.
  • Kekuatan Sarawak dan negeri lain perlu dimanfaatkan secara strategik untuk menyokong pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.
  • Perbincangan antarabangsa memberi tumpuan kepada kelebihan Sarawak dalam tenaga dan teknologi tinggi; penyerahan cek RM1.8 bilion bagi Pelabuhan Bintulu dimeterai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara berbangga dengan kejayaan, keupayaan serta potensi Sarawak dalam membangunkan kekuatan industri.

Jelas Perdana Menteri, kekuatan serta kelebihan Sarawak, termasuk negeri-negeri lain, perlu dimanfaatkan bagi menyokong pembangunan negara.

Katanya, ketika lawatan ke Jepun baru-baru ini, beliau turut mengetengahkan kelebihan Sarawak dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.

“Saya mengambil sikap sedemikian untuk saling membantu, dan saya berasa bangga. Saya juga telah memaklumkan kepada Premier Sarawak semasa lawatan ke Jepun minggu lalu bahawa dalam perbincangan bersama Jepun, saya memberi fokus kepada Sarawak dalam aspek tenaga,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek bernilai RM1.8 bilion susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu dari pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Majlis yang berlangsung di Lembaga Pelabuhan Bintulu itu turut menyaksikan penyerahan dokumen Perjanjian Tiga Pihak dan Perjanjian Penyempurnaan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi urusan penukaran status pelabuhan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.