fb fb fb fb fb

PKMM Kedah minta kerajaan hapus SST semua projek sejak 2018

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah Mohammad Fauzee Mohamad

ALOR SETAR, 7 Februari - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah meminta agar kerajaan menghapuskan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi semua projek sejak 2018 lalu, selepas ia tidak pernah dimasukkan dalam tawaran tender sebelum ini. 

Yang Dipertuanya Mohammad Fauzee Mohamad berkata, keadaan itu dilihat membebankan kontraktor sedia ada sehingga mendakwa ada yang terpaksa membayar cukai itu mencecah sehingga nilai jutaan ringgit. 
 
Fauzee berkata kutipan itu menyebabkan ramai kontraktor didenda kerana tidak mengikut syarat yang dikenakan seperti tidak menyerahkan borang SST.
 
"kKita mengalami masalah apabila banyak tindakan yang diambil pihak Kastam pada projek-projek yang lepas sampai empat hingga lima tahun dibelakang ini sedangkan pada masa itu SST tidak ada didalam kontrak kita," kata Fauzee kepada pemberita selepas Majlis Handholding SST Cukai Perkhidmatan Untuk Perolehan Kerajaan, di sini dan majlis dirasmikan oleh Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd Latiff. 

TETITIA YUSOFF