fb fb fb fb fb

Pesara TNB hilang ketika menjaring ikan ditemukan meninggal dunia

FOTO POLIS

TEMERLOH, 8 Januari- Mayat seorang pesara TNB yang dilaporkan hilang selepas keluar menjaring ikan di Kampung Belenggu, Temerloh, Pahang malam tadi, ditemui pada 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Syed Hashim Syed Hassan, 63 tahun ditemui lemas berhampiran dengan lokasi dia dilaporkan menjaring ikan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kehilangan mangsa disedari keluarganya selepas dia tidak pulang ke rumah, semalam.

Operasi pencarian segera digerakkan selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada malam tadi namun gagal.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada 9.30 pagi tadi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Temerloh untuk siasatan lanjut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE