fb fb fb fb fb

Penjawat awam sambut baik kenaikan gaji lebih 13%

Mereka menyifatkan langkah itu berupaya menambah baik ekonomi penjawat awam. 

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut baik penjawat awam. 

Mereka menyifatkan langkah itu berupaya menambah baik ekonomi penjawat awam. 

Sekali gus, meningkatkan motivasi untuk terus memberi perkhidmatan terbaik.   

"Dengan kenaikan yang sekarang ini dengan minima gaji RM2,000 sangat bagus untuk membantu ekonomi hari ini dengan kadar harga barang yang naik. Saya rasa kadar gaji dan ekonomi boleh membantu," kata penjawat awam, Azhar Ayub

"Dengan kenaikan lebih 13 peratus satu berita gembira.. untuk tangga gaji rendah dan tinggi akan dapat menikmati segala yang telah diumumkan Perdana Menteri," kata penjawat awam, Mohd Hafiz Mohd Tarmizi.

"Saya sangat bersyukur, sebagai penjawat awam nasib kita terbela dan dipandang Perdana Menteri. Beliau sangat menjaga nasib penjawat awam," kata penjawat awam, Aspalela Ali Osman.

Artikel Berkaitan:
Kenaikan gaji, langkah substantif kerajaan bantu penjawat awam
Anwar umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai Disember ini

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM