fb fb fb fb fb

Penjawat awam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,000

JOHOR BAHRU, 26 Oktober - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,000 lima tahun lalu.

Pengakuan dibuat tertuduh, Azman Abdul Rahman, 54 tahun, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

(Mahkamah menetapkan 22 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes)

Tertuduh yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, didakwa menerima suapan secara tunai bernilai RM4,000 sebagai balasan mendapatkan kerja penyelenggaraan alatan sukan bagi kegunaan pelajar dan membekal pakaian Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KMJ) 2017 pada Julai dan 12 September 2017.

Suapan RM1,000 lagi didakwa diterima menerusi transaksi ke akaun peribadi tertuduh sebagai balasan mendapatkan kontrak pembersihan di Kolej Matrikulasi sama, pada 22 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media Baharu