fb fb fb fb fb

Penggunaan Bahasa Melayu akan diperluas ke persada antarabangsa - PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Penggunaan Bahasa Melayu perlu diperluaskan di pentas antarabangsa berdasarkan slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa'.

Menurut Naib presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Akta Dewan Bahasa Dan Pustaka akan diperkasakan dengan DBP akan diberikan kuasa penguatkuasaan.

Ia termasuk penggunaan Bahasa Melayu di papan-papan tanda.

"UMNO juga mesti menjuarai dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 yang juga termaktub dalam perlembagaan UMNO fasal 3.5."

"Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu, justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’," kata Ismail Sabri dalam ucapan penggulungannya bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2021, hari ini.

Pelajar asing yang menuntut di dalam negara turut diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu agar ia menjadi bahasa kedua Asean.

"UMNO mesti menjuarai dalam memartabatkan Bahasa Melayu seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152 yang juga termaktub dalam Perlembagaan UMNO fasal 3.5," tambahnya.

(Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021, hari ini/BERNAMA)

Sementara itu, sebuah jawatankuasa berkaitan akan ditubuhkan bagi menegakkan keadilan dan menunjukkan ketelusan kepada rakyat.

Perdana Menteri dalam Ucapan Penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021, Pasukan Petugas Khas (PPK) telah ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Tindakan termasuk memanggil pihak yang terlibat. 

"Laporan interim akan dibentangkan pada bulan depan. Saya janji jika ada penyalahgunaan kuasa, konspirasi terpilih seperti yang didakwa, kita akan ambil tindakan," kata Ismail Sabri dalam ucapannya.

RCI Tabung Haji juga ditubuhkan dan siasatan telah bermula sejak Januari.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, beliau percaya siasatan ini dapat diselesaikan penghujung Julai nanti.

Dalam pada itu, kes kematian arwah Adib juga sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022. 

Meskipun siasatan masih dijalankan, namun kerajaan telah membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 November 2021.

Media Baharu