Penggunaan AI dalam pengurusan bencana masih diteliti

Gambar fail

PUCHONG, 18 April – Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengurusan bencana negara masih diteliti.

RINGKASAN BERITA AI
  • NADMA meneliti penggunaan AI dengan mengambil kira manfaat dan risiko, berhati-hati terhadap kemungkinan kesan negatif.
  • Perbincangan bersama beberapa syarikat sedang dijalankan, namun pelaksanaan masih di peringkat awal.
  • NADMA menganjurkan Resilient Asia 2026 untuk mempamer teknologi mitigasi dan tindak balas bencana di WTCKL, 24-26 April.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, penelitian mengambil kira kesemua aspek termasuk manfaat dan risikonya.

“Kita khuatir ada kesan yang lebih negatif, jadi sebarang keputusan ke arah tersebut masih dilihat. Kita tidak menolak dan kita sedia terima teknologi baharu ini,” katanya.

Jelasnya lagi, perbincangan berhubung perkara itu sedang dibuat bersama beberapa syarikat, namun ia masih diperingkat awal.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan kenderaan rasmi bagi program Resilient Asia 2026 di sini.

Program yang pertama kali dianjurkan NADMA itu akan mempamer teknologi terkini serta kaedah terbaik mitigasi dan tindak balas bencana.

Berlangsung dari 24 hingga 26 April ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Resilient Asia 2026 disertai kira-kira 50 pempamer termasuk 20 dari luar negara antaranya China, Turkiye dan negara Asia lain.