fb fb fb fb fb

Penggunaan 5G diperkukuh, Malaysia boleh contohi Norway

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

OSLO, 1 Mac - Malaysia boleh mempelajari usaha Norway memperkukuh penggunaan rangkaian 5G dan teknologinya dalam kalangan industri tempatan, terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penggunaan 5G di negara tersebut kini telah mencecah 58 peratus daripada jumlah pengguna telekomunikasi sejak dilaksana pada 2020.

"Di Norway, mereka telah mula menjalankan projek rintis 5G dengan industri perikanan salmon dan mereka juga menggunakan teknologi 5G untuk penternakan salmon.

"Kita di Malaysia tidak melihat kepada perkara itu, tetapi Norway mereka merupakan pengeksport besar bagi makanan laut. Jadi saya nampak di situ ada satu perkara yang agak menarik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya anjuran Telenor Group di ibu pejabat globalnya di Fornebu Campus, di sini pada Khamis.

Norway akan dijadikan sebagai penanda aras dalam memperkukuh undang-undang serta kawal selia industri komunikasi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN