fb fb fb fb fb

Pengekalan kadar tol langkah berkesan bantu ringan beban

Langkah itu disifatkan berita positif, terutama bagi golongan berpendapatan sederhana

KLANG, 30 Disember - Keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol di semua lebuh raya, termasuk Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada tahun depan disambut baik oleh masyarakat yang menggunakan laluan berkenaan.

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah berkesan dalam membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya ketika berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Rata-rata pengguna lebuh raya berkenaan menyifatkan pengekalan kadar tol sebagai berita positif, terutama bagi golongan berpendapatan sederhana.

"Saya rasa bangga apabila PMX mengumumkan tiada kenaikan tol di Selangor ini. Sebagai pengguna rasa bersyukur, sekurang-kurangnya dapat berjimat pada tahun baharu sebagai persediaan untuk anak-anak ke sekolah," menurut Mohd Osman Abdullah.

"Saya sokong la langkah Kerajaan MADANI ni kerana tiada kenaikan tol. Rakyat semua senang sikit la. Bagus juga la apa yang Datuk Seri Anwar buat. Kita pun penduduk sini senang la," kata C. Rajamani.

"Terima kasih tidak naik tol, PMX. Kita pun suka hati," ujar Mr Lau.

MASNIZA AWANG KECHIK