fb fb fb fb fb

Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - Tiong King Sing

Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 30 November- Pelaksanaan pengecualian visa 30 hari kepada pelancong China dan India dijangka mampu merangsang pertumbuhan positif industri pelancongan negara. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berkata, jangkaan peningkatan kemasukan pelancong itu secara tidak langsung dapat menjana ekonomi industri berkaitan seperti perhotelan, peruncitan, pengangkutan dan sebagainya. 

"(Justeru) kita mesti memastikan fasiliti dan kemudahan di negara ini khususnya tempat pelancongan dalam keadaan baik dan selamat bagi pelancong, serta menawarkan produk pelancongan yang menarik dan kompetitif," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Tiong, pihaknya akan mengumumkan produk pelancongan menarik setelah selesai mesyuarat bersama agensi terlibat pada masa terdekat ini.

Beliau turut menjelaskan pengecualian visa kepada negara-negara lain adalah termaktub kepada bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan dibawah bidang kuasa kementeriannya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA