fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 862

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas Dua

KOTA KINABALU, 18 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 862 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan memaklumkan, Pitas mencatatkan penduduk terjejas tertinggi iaitu 784 orang daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

PPS terlibat ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua, PPS SK Salimpodon, PPS Add Hoc Balai Raya Kampung Lugu, PPS Dewan Kampung Kusilad, PPS Add Hoc Rumah Sosogon Kampung Sosop Bai, PPS Add Hoc Rumah Budaya Kampung Mandamai dan PPS SK Dandun.

Sementara itu, di Paitan seramai 61 penduduk terjejas daripada 17 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Pengerusi JPBD Pitas Mohd Faizal Husin memaklumkan operasi menyelamat tergendala berikutan 16 jalan ke kampung terlibat tidak boleh digunakan dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Dalam pada itu Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kota Marudu yang berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan pula kekal 17 orang daripada enam keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI