fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Batu Pahat meningkat

(Semua penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS, SMK Seri Gading)

BATU PAHAT, 16 September- Penduduk terjejas banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 263 orang setakat 12.00 tengah hari ini berbanding 235 orang yang direkodkan semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, sebanyak 74 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.

"Semua mangsa merupakan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung," menurut kenyataan itu.

Pemantauan terus dipergiat pasukan keselamatan di kawasan terjejas.

Banjir kilat di lima lokasi itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut beberapa kawasan terjejas sudah mulai surut kecuali Kampung Baru Sri Gading yang mengalami keadaan 'banjir termenung'. Bagaimanapun, keadaan cuaca semakin cerah.


(Kediaman penduduk terjejas banjir di Batu Pahat)

Media Baharu