
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Pembiayaan mikro bagi 2027 meningkat kepada RM6.6 bilion bertujuan membantu pengusaha kecil menambah pendapatan menerusi perniagaan.
- Geran Sejahtera MADANI RM200 juta untuk peralatan dan latihan kepada 40,000 penerima, fokus kepada wanita.
- Dana AIM RM3 bilion disediakan untuk membantu 360,000 pengusaha.
- Pembiayaan TEKUN dinaikkan kepada RM1.3 bilion untuk usahawan Bumiputera; BSN sediakan RM1.7 bilion khusus untuk belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan.
Ketika membentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan juga bersetuju menyediakan geran Sejahtera MADANI untuk peralatan serta latihan kepada 40,000 penerima khususnya wanita dengan peruntukan RM200 juta.
“Tahun depan juga, sejumlah RM3 bilion Dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tersedia bagi membantu 360,000 pengusaha.
“Dana pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula bakal ditingkatkan kepada RM1.3 bilion untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera.
“Untuk kaum India, pembiayaan di bawah TEKUN dan AIM turut ditingkatkan kepada RM150 juta.
“Dan di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) pula, pembiayaan mikro disediakan sebanyak RM1.7 bilion merupakan agihan khusus untuk manfaat golongan belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan,”kata Datuk Seri Anwar.