(Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ketika merasmikan Program Penghijauan Malaysia:
Menteri Besar bersama pelajar negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar)
KUALA KANGSAR, 27 Ogos- Pembentangan Bajet Negeri Perak hanya akan dilakukan selepas pembentangan bajet Persekutuan.
Demikian ulas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurutnya, pembentangan bajet negeri akan dikemaskini dan ditambah baik selepas pembentangan bajet persekutuan dilakukan.
Tambah beliau, "Biasanya selepas bajet persekutuan, kita ada lagi sesi akhir untuk membuat sesi libat urus," ketika ditemui selepas Program Penghijauan Malaysia: Menteri Besar bersama pelajar negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, semalam.
Beliau turut memaklumkan, "Kita akan jumpa exco yang berkaitan sebelum kita bawa ke mesyuarat exco."
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Bajet 2023 yang akan dibentangkan awal pada 7 Oktober, tidak mengikut takwin Dewan Rakyat sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober.
Terdahulu Datuk Seri Saarani ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Penghijauan Malaysia di Kuala Kangsar.
(Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak ketika menjawab soalan pembentangan bajet negeri Perak)