fb fb fb fb fb

Pematuhan SOP, tiada yang terkecuali - PM


SHAH ALAM, 14 Februari - Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 akan dikenakan kompaun termasuk menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak ada konsep orang atas atau kayangan yang terlepas daripada tindakan jika mengingkari SOP.

“Itu bermakna kerajaan tidak membeza-bezakan antara individu yang melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dapatan Awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelskan, sekiranya ada menteri yang didapati melanggar SOP, individu tersebut tidak perlu meletak jawatan asalkan tindakan kompaun telah dikenakan terhadapnya.

“SOP itu penting, tetapi bukan satu kesalahan sekiranya individu melanggar SOP itu dikenakan kompaun. Tak perlu letak jawatan, yang penting tindakan telah diambil," kata Ismail Sabri.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan supaya kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP tentang penjarakan fizikal.

Antaranya Menteri Kanan Pertahanan merangkap Pengerusi Menteri Kuarter COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi BN negeri.

Media Baharu