Pelantikan doktor jawatan tetap reformasi penting kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad / Foto Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Belanjawan 2027 disifatkan penting dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelantikan 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap menamatkan sistem kontrak interim bagi pegawai perubatan.
  • Insentif pos basik dinaikkan kepada RM200 dan insentif Perkhidmatan Kesihatan ditingkatkan kepada RM100.
  • Peruntukan besar untuk penyelenggaraan hospital, perolehan peralatan moden, hemodialisis dan penambahan 400 ambulans.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara reformasi penting adalah pelantikan 9,000 doktor kontrak ke jawatan tetap.

“Perkara yang ingin saya tekankan pengumuman Perdana Menteri berhubung penyediaan 9,000 jawatan tetap untuk doktor kontrak.

“Menerusi inisiatif ini, kerajaan akan menamatkan pelaksanaan sistem kontrak interim bagi pegawai perubatan dan seterusnya menawarkan jawatan tetap kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau, antara reformasi kesihatan lain yang diumum menerusi Belanjawan 2027 adalah insentif pos basik kepada 47,000 jururawat dan anggota paramedik dinaikkan dari RM100 kepada RM200 serta kenaikan insentif Perkhidmatan Kesihatan (FDS) dari RM30 kepada RM100.

Sebanyak RM1.2 bilion turut diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan hospital serta klinik, termasuk menaik taraf klinik daif dan kuarters.

Selain itu, RM968 juta disediakan bagi perolehan peralatan perubatan moden serta menaik taraf kemudahan hemodialisis.

Kerajaan turut menambah 400 buah ambulans bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan, sebagai tambahan kepada 89 buah ambulans yang disediakan sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.