fb fb fb fb fb

Pelaksanaan PPKK di Sarawak bantu lahir ramai usahawan kraf Bumi Kenyalang

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Manik di Rh Bujang @ Endawie, Batu 11 di Bintulu

BINTULU, 27 Jun- Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) siri ke-2 di Bintulu memberi penekanan untuk membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf bagi menjana pendapatan.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Datuk Ainu Sham Ramli berkata, PPKK tersebut dilaksanakan melalui empat inisiatif utama iaitu Pembangunan Produk, Pembangunan Komuniti Kraf, Pasaran serta Promosi dan Komunikasi Pasaran Bersepadu.

“Sehingga tahun 2024, Kraftangan Malaysia telah berjaya melaksanakan 14 aktiviti PPKK di negeri Sarawak dan melibatkan 247 orang peserta yang merangkumi bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf.

“Usaha dan inisiatif Kraftangan Malaysia itu secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan usahawan kraf di negeri Sarawak”ujar beliau samasa Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Manik di Rh Bujang @ Endawie, Batu 11 di Bintulu, petang tadi.

Tambahnya lagi, beliau juga menyarankan peserta menghasilkan motif manik tersendiri bagi melambangkan identiti Daerah Bintulu.

Seramai 15 orang peserta yang mengikuti Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Manik yang bermula 24 Jun hingga 27 Jun tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE