fb fb fb fb fb

Pelajar jatuh dari tingkat lima sekolah, meninggal dunia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Pelajar sekolah yang dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah pada 28 Jun lalu, disahkan meninggal dunia 2.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof memaklumkan, bedah siasat mendapati punca kematian pelajar lelaki berumur 13 tahun itu disebabkan "kecederaan jatuh dari tempat yang tinggi".

Mangsa sebelum itu dikejarkan ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan parah.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes ini dengan lebih terperinci.

Setakat ini, lapan saksi telah dipanggil bagi rakaman percakapan.

Siasatan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR) sedang dijalankan bersama siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE