GEORGETOWN, 12 Julai-Satu Kawasan Kitar Semula di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang dilancar Penang Green Council.
Lokasi yang mampu memuatkan sehingga satu tan muatan dalam satu-satu tempoh adalah usaha berterusan kerajaan negeri melestarikan alam sekitar.
EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Lim Siew Khim berkata, inisiatif melibatkan penghuni Rumah Transit sebagai peserta aktif dalam proses pengasingan sisa.
"Jadi kita akan adakan kita tengok macam mana progress dan kita akan beri latihan kepada penghuni dan juga pengunjung di sini.
"Kita seru kalau rasa ada sini anda boleh tinggalkan barangan boleh kitar semula di sini", katanya di sini.
Pusat tersebut juga menjadi lokasi pembelajaran untuk penghuni, dengan matlamat melengkapkan mereka dengan pengetahuan mengenai pengasingan sisa, terutamanya amalan kitar semula.