fb fb fb fb fb

Orang ramai disaran beri cadangan pelan pembangunan pendidikan baharu

FOTO FAIL

PUTRAJAYA, 24 Jun - Kementerian Pendidikan (KPM) menyarankan orang ramai supaya memberi cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu yang telah bermula pada 14 Mei lepas hingga 31 Disember ini.

KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan, pelan baharu itu bertujuan mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung pelaksanaannya.

"Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik," menurut KPM.

KPM memaklumkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 telah dibangunkan bertujuan memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

TETITIA YUSOFF