fb fb fb fb fb

Orang ramai dinasihat berwaspada penipuan STR, SARA

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 10 Mei- Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada dengan penipuan dalam talian menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pihak yang terlibat akan menghubungi orang ramai secara rawak dan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, mana-mana pihak ketiga tidak dibenarkan untuk menggunakan nombor talian rasmi itu.

Pihaknya juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran daripada orang ramai bagi sebarang tujuan.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan STR atau SARA MOF di talian 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan mengenai kedua-dua bantuan berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN