Nahas helikopter: Kerajaan akan salur bantuan kepada keluarga mangsa

Helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 September – Kerajaan akan menyalurkan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri dan isteri amat berdukacita atas berita nahas helikopter.
  • Beliau menzahirkan simpati dan mendoakan keluarga mangsa dikurniakan kekuatan.
  • Anwar menggesa memberi ruang kepada keluarga dan mengelakkan spekulasi sementara menunggu maklumat rasmi.
  • Helikopter membawa empat petugas Kementerian Kesihatan dan seorang juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang; lima mangsa disahkan maut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat berdukacita menerima berita mengenai tragedi berkenaan.

Menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, beliau turut menzahirkan simpati serta mendoakan agar seluruh keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik sukar itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar menggesa semua pihak supaya memberi ruang kepada keluarga mangsa serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.

Helikopter berkenaan yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang petang semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.