Nahas 11 kenderaan : Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga mangsa

FB Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR, 1 September – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur di Lanchang, Temerloh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran Facebook Kesultanan Pahang menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang menghadapi saat sukar.
  • Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga tiga beranak yang terkorban.
  • Antara mangsa maut termasuk pasangan Muhammad Nazatul dan Nur Atiqah Sofiya serta anak mereka Muhammad Armaan Nazeef.

Baginda berdua menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang sedang menghadapi saat sukar susulan tragedi berkenaan menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga tiga beranak yang terkorban dalam kemalangan itu.

Dalam nahas berkenaan, Muhammad Nazatul dan Nur Atiqah Sofiya, masing-masing berusia 32 tahun serta anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun antara empat individu yang maut.

Seorang lagi mangsa yang terkorban ialah penumpang sebuah lagi kenderaan, Seow Beng Wain, 55 tahun, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.