fb fb fb fb fb

MTEN setuju ambil tindakan intervensi tingkatkan skala, daya saing PKS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bersetuju mengambil tindakan intervensi berhubung isu-isu struktur berkaitan bagi meningkatkan skala daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook berkata, mesyuarat itu telah meneliti dua kertas pembentangan iaitu; 'Pemerkasaan PKS di Malaysia' dan 'Pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) bagi Tenaga Buruh Asing'.

"Terkait pelaksanaan MTLM, konsepnya telah mula diperkenalkan dalam RMKe-11 sebagai mekanisme penambahbaikan dalam mengurus dan mengawal pekerja asing berkemahiran rendah bagi memastikan peratusan pekerja asing tidak melebihi 15% daripada jumlah tenaga kerja.

"Dalam usaha ini, Kerajaan dalam Belanjawan 2024 telah menyasarkan supaya MTLM dilaksanakan sebelum hujung tahun 2024," katanya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut memperinci ciri-ciri dan pandang sektor-sektor ekonomi terlibat.

Selain itu, kementerian-kementerian berkaitan perlu melaksana libat urus dengan wakil industri serta mengenal pasti penambahbaikan dasar berkaitan termasuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI