fb fb fb fb fb

MPK larang penggunaan styrofoam & polisterin mulai 15 Julai 2024

Foto Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

KANGAR, 8 Jun- Semua premis kedai, gerai dan penjaja makanan dan minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan bekas makanan styrofoam dan polisterin, berkuatkuasa 15 Julai depan.

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth menerusi kenyataan berkata peniaga gagal mematuhi arahan yang dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kompaun maksimum RM500 atau denda tidak melebihi RM2,000.

Larangan itu antara langkah memulihara alam sekitar untuk tempoh jangka masa panjang serta memastikan tahap kesihatan penduduk di Perlis sentiasa terjamin.

Penguatkuasaan larangan ini susulan pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik Peringkat Negeri Perlis pada 29 Februari 2020 secara berfasa sehingga 2026 dengan mengenakan caj setiap beg plastik antara RM0.20 sen sehingga RM2.00 bagi setiap beg pastik.

Ia bagi memupuk kesedaran masyarakat supaya mengubah tabiat masing-masing dengan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna.

ROSLINA BINTI DIN