fb fb fb fb fb

Mesyuarat PM, MB Terengganu bincang projek infrastruktur asas, awam

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar serta pimpinan pusat dan negeri di Terengganu petang tadi membincangkan pelbagai projek infrastruktur asas dan awam.

Ia termasuk pendidikan, kesihatan, jalan raya, tebatan banjir serta pengurusan hakisan pantai, khususnya untuk menyegerakan projek yang menjadi keutamaan di Terengganu.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata status projek sakit dan usaha menangani isu kemiskinan tegar turut dibincangkan secara mendalam.

"Saya tegaskan agar semua agensi yang terlibat mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada kumpulan rakyat yang dinafikan hak untuk menikmati pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Kerajaan MADANI juga akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di pulau-pulau di Terengganu yang membabitkan peruntukan sekitar RM70 juta sebagai menyemangati Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Semoga setiap inisiatif yang dirancang dapat berjalan lancar demi kemakmuran rakyat dan negeri Terengganu, Insya-Allah", katanya.

ROSLINA BINTI DIN