fb fb fb fb fb

MELAKAfm platform promosi negeri

MELAKA, 23 Mei- Radio Melakafm menjadi platform kerajaan negeri untuk mempromosi negeri Melaka, khususnya sektor pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan Melaka fm mencatat rating tertinggi siaran langsung media sosial membuktikan kebolehan stesen itu menarik pendengar pelbagai bangsa dan peringkat umur.

"Sebab Melaka macam-macam ada. Daya tarikan Melakafm ini sudah berubah mengikut trend semasa, satu radio stesen yang versatile dalam dia ada maklumat, ada perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama dalam interaktif ini.

"Saya ingat penyampai radio juga memainkan peranan yang begitu kreatif sekali dalam menarik minat untuk orang melihat Melaka dalam saluran rasmi Melaka fm saluran media sosial juga tiktok yang telah menarik minat sehingga ke Brunei, juga boleh menjangkau dunia", katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam segmen Tok Rauf Masuk Konti di Melakafm.

Jelasnya, beliau berharap pelbagai konten menarik dan berkaitan dengan Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) dapat dilakukan Melakafm bagi membantu merancakkan lagi promosi acara tersebut.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan kedua-dua negara mencecah RM156.64 bilion pada tahun lalu.

aidan